Jom Risau Beramai-ramai!
Thursday, 7 August 2014 • 12:17 am • 1 comments Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Dalam masa beberapa hari saja lagi, kita akan tahu keputusan upu. Nervous. Nervous gila. Hehe, tak adalah sampai gila. Tapi memang tertunggu-tunggu je keputusan tu. Ok, cukup sampai situ. Lupakan kejap pasal upu tu. Hari ini saya terfikir, selain daripada keputusan upu, perkara yang lebih penting untuk kita fikir adalah; adakah kita semua dah bersedia untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku lepas keputusan upu keluar. Nak siapkan dokumen lagi, Persediaan mental lagi. Tak nak lah nanti jadi culture shock bila masuk u. Yang paling taknak; kalau tak dapat mana-mana u. Ohhhh,,, mintak jauh. Macam nilah, saya rasa kita dah cukup bersedia untuk sebarang kemungkinan. Saya ingat lagi macam mana kechiwa nya hati ni bila tak dapat masuk mana-mana universiti masa lepas SPM dulu. Masa tu memang sedih tahap 8. Haha. Dan, bila masuk Form 6, saya sedar tentang beberapa perkara yang saya rasa saya takkan dapat kat tempat lain. Pertamanya, saya menjadi lebih berlapang dada dengan apa yang berlaku. Saya jadi lebih matang dalam menerima keputusan. (Ceh,ceh, geli pulak aku baca ayat yang ni. Nah, ambik baldi muntah ramai-ramai.) Haha. Yalah, daripada bersedih tak tentu pasal baik kita fikir kenapa kita ada kat sini. Semuanya bukan kebetulan. Mesti ada sebab kenapa kita ditakdirkan untuk belajar kat Pra-Unibersiti yang tak popular itu, dan bukannya di Unibersiti Taylor, atau di Unibersiti tempatan lain yang popular Vavavom itu. Eheh. Jadi, saya fikir, dan daripada situ saya sedar, mungkin kat Form 6 ini saya dapat belajar bergaul dengan orang yang luar dari zon selesa saya. Ehem, semua ni sebab saya sangat introvert. Haha. Masalah, masalah. Macam mana, saya yang dulu memang jangan harap lah nak bercakap dengan orang yang bukan duduk sebelah saya, tapi kat sekolah ni saya boleh cakap depan kelas, buat presentation sama-sama. Haha, jangan hairan, sebab saya memang seorang yang pelik. Ok, next. Yang kedua, saya dah tak heran dengan apa yang orang nak cakap tentang STPM. Yalah biasalah bila orang cakap yang budak-budak Form 6 ni semuanya masuk Form 6 sebab tak dapat mana-mana u. Dalam bahasa kurang enak, kurang pandai. Huh. Berapi je dengar. Tapi takpe. Walaupun kurang pandai dari segi itu, saya rasa kita semua lebih bijak dalam mengawal situasi ni. Dalam keadaan orang lain asek tersenyum sampai telinga macam nak koyak dah mulut tuh sebab dapat pujian melambung sebab berjaya masuk Unibersiti Malaya, kita relaks je duduk tepi tingkap, merenung masa depan. Eheh. Dan, belajar kat Form 6 ni buat saya tidak lagi memandang rendah orang lain. Huhu, sebab sejujurnya, dulu saya juga salah seorang yang mengatakan 'Buat ape masuk Form 6, dahlah pakai baju sekolah'. Tapi, bila tengok balik, ohsem (read:awesome) je belajar Form 6 nih. Banyak parkara yang best berlaku sepanjang belajar kat Form 6. Owhhh,, rindu sangat. Itulah. Sebenarnya, kita akan lebih gembira bila kita dapat terima apa yang memang dah ditentukan untuk kita. Yelah, ada benda yang kita fikir baik untuk kita tapi sebenarnya tak. Dan ada benda yang kita rasa buruk untuk kita, sebenarnya baik untuk kita. Contohnya, nasi lemak. Memang kenyang dan sedap gila bila makan, tapi lepas tu berat badan naik. Hahaha. Baik sarapan roti kosong je lepas ni. Semoga apa-apa pun yang terjadi lepas ni, kita dapat terima dengan cool je. Dan tak perlulah terlalu risau keadaan kita akan datang, maksud saya, lepas dah habis belajar, nak kena bayar duit pinjaman, nak kena cari kerja lagi. Kalau fikir macam tu memang takkan ada kesudahannya. Jangan risau, setiap makhluk memang dah ditentukan rezekinya. Kerja kita usaha je. Kalau tak dapat apa yang kita nak, mungkin kita akan dapat yang lebih baik, kan? Oklah, itu je yang saya nak tulis. Good luck! Bye, Salam, -diay- ketika ini tahap keboringan berada di tahap maximum. Maaf kalau ada kekurangan.
|
Disclaimer ![]() Helloooooo gaisss ! Profile
![]() ![]() Old Stories |